Wednesday, September 30, 2009

Gambar raya auni bersama keluarga


Raya 1 Auni Hafsah bersama




Bersama keluarga suami di Kedah

Seronoknya raya!



Alhamdulillah...kita dah selamat menjalani ibadah puasa dan tibalah hari raya yang dinantikan.Tahun nie tahun pertama anakku beraya bersama.Untuk Auni aku dah belikan dia 4 pasang baju gaun.Biarlah dia beraya dengan baju baru.Pagi2 raya lagi dia dah bangun.Bersiap seperti mama dan papanya juga.Wah cantik sungguh auni dengan gaun kuning cairnya.Tema kami sekeluarga tahun ini.Beraya di rumah suami di Kedah mengajar auni suasana beraya di kampung.Kesana sini auni dibawa beraya dan berjumpa dengan sedara mara yang lama tak ditemui.Lepas orang2 akan pegang dan dukung auni.Penatlah auni dan apabila naik saja kereta terus tidur.Tak sempat lena dah sampai kat rumah lain.Tapi auni seronok sbb dapat banyak duit raya.Sampai sahaja rumah terus dia ..zzzzzz

Thursday, September 10, 2009

Auni 4 month!



Hari nie bawa auni g check up.Alhamdulillah dah 7.4kg dia sekarang.Auni dah semakin aktif dan bijak.Seronok tengok perkembangan dia dari mula lahir hingga sekarang nie.Auni anak yang manja, aktif dan senang nak dijaga.Aku dan husband rasa yang dia cepat sangat besar.Tahu2 jer dah 4 bulan.Betul kata ibu bila dah ada anak nie apa sahaja yang kita buat akan teringat dan fikirkan dia.Bagi mak di kampung auni nielah buah hati dia sekarang.Yelah cucu pertama dalam keluarga.Kat kampung pula ramai makcik2 dia yang sukarela nak melayan dan menjaga auni.Pendek kata kalau balik sana auni nie di layan sungguh2lah.Sorang mandikan dia..yang sorang lagi dah ready dah nak pakaikan baju.Paling xcited tentulah adik ipar aku yang bongsu..Adibah Hanim.Kalau kami balik sana tentulah auni tak dapat nak duduk diam.Sekejap2 di angkat, dibawa sana sini.Ringan sikitlah aku bila balik kampung.Boleh rest sikit bila ada orang yang tengokkan auni.Cakap pasal kampung...insyaAllah minggu depan kami akan pulang untuk beraya disana.Tentu tak sabar2 makcik2 auni tunggu anak buah diaorang nie.

Thursday, July 16, 2009

Auni 3 bulan




Tuesday, July 7, 2009

Permata hatiku Auni Hafsah binti Abu Hanifah




Alhamdulillah...akuhirnya saya selamat melahirkan seorang puteri dengan berat 3.11kg pada 29 April lalu.Saat2 yang ingin dirasai oleh semua ibu2 yang mengandung anak pertama telah saya rasai.Tepat 6.25 pagi...di hening subuh itu Auni selamat dilahirkan melalui pembedahan.Oleh kerana air ketuban saya telah keluar dulu dan sudah kering...doktor menasihatkan saya agar melakukan penbedahan kerana baby hampir lemas.Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ditambah lagi dengan kebimbangan suami yang ada disisi ketika itu membuatkan saya tawakal kepadaNya.Bagi saya lakukanlah apa saja agar anak dalam perut ini selamat.Apabila pertama kali melihat auni menangis setelah 'dibebaskan' saya terus menangis.Rasa terharu, gembira dan sakit bercampur2.Syukur akhirnya anak yang selama ini kami idamkan lahir selamat dan sihat ke dunia.Pada auni we love you sayang!

Wednesday, April 8, 2009

26 hari yang mendatang!


erm...diam tak diam tinggal 26 hari jer lagi usia kandungan nie.Tak lama lagi akan lahirlah seorang baby yang ditunggu2 oleh mama dan papanya.Tiada apa yang kuharapkan selain dri kesempurnaan dirinya.Semoga Allah permudahkan kelahirannya dan aku dapat merasai kenikmatan bergelar seorang ibu!

Friday, February 6, 2009

I'm 27 weeks now!


yuhuu...lamanya tak update blog nie.been bz lately ni.minggu nie g check up baby.Doctor kata weight naik sgt.4 kilo lebih.huhu.Mana taknyer makan memang selera sangat.Semua nya nak makan.Husband pun join sekali jugak.Sama-samalah naik badan nie.Baju pun dah banyak yang tak muat.Pakai pun muat2 jer.Baru jer beli baju baru.Tapi tak muat jugak.Adoi..macam mana nak buat nie.Kena g shopping lainlah nampaknya.Barang-barang tuk baby pun tak shopping lagi.Ingat nak beli hujung bulan nie.Sempat lagi...tapi risau jugak nanti tak larat nak jalan.Sekarang pun jalan slow2 jer.
previous next home