Sunday, December 14, 2008

4 bulan!

hari ni aku dtg keje lambat sikit.tghari baru masuk.bukan sengaja tau.tapi ada beberapa perkara yang perlu disettlekan dulu.hujung minggu hari tu aku balik ke rumah di semenyih(rumah ibuku).4 hari juga aku dan suami di sana.seronok betul sebab makan dan minum semua di masak oleh chef yang terhebat.sapa lagi kalau bukan ibu!dari mula celik mata sampai nak tutup balik,mulut ni tak habis2 mengunyah.ade saja benda yang aku nak makan.mujurlah ibu faham situasi anak dia yang tengah berbadan dua ni.hehe.cakap pasal nie..dah 4 bulan usia kandungan aku sekarang.semakin hari perut makin besar.pergerakan juga lambat.kalau baring tu, susah nak bangun.belakang aku mesti sakit.jadi aku tak boleh nak tidur2 di atas lantai sambil tgk tv.mesti duduk kat kerusi.itu pun tak boleh lama.cepat aje rasa lenguhnya.selera makan juga dah semakin kuat.tapi mujur aku tak banyak ragam.nak makan tu nak minum ni.apa yang ada aku makan.janji perut yang lapar di isi.kadang2 jer aku teringin makan mc'd.makanan lain aku tak teringin sgt.asyik2 mc'd.terpaksalah suami aku bawa g makan kat sana.:)thanks pa!hmm...baju pun dah tak muat sgt...kalau pakai baju kurung..kain dia mesti sendat.kenalah aku cari baju yang lebih longgar sikit.nampaknya baju2 kurungku ini akan di simpan sementara dalam almari.tgklah..gaji ni aku nak ajak suami g shopping baju.boleh beli barang2 baby sekali.apa2 pun minggu depan aku kena g check up.nak tau apa perkembangan baby.semoga dia sihat dan aktif.

Thursday, December 4, 2008

di sini kasihku tertumpah

wah...baca tajuk macam 'jiwang' jer kan.Tapi sebenarnya aku nak citer pasal diriku ini yang dah kerja semula di ofis lama.cuma yang bezanya aku kini jadi PA aka pembantu pada bosku aka abah mertuaku Tuan Hj. Abu Hassan Morad.Tapi sekarang ni abah takde.Ada tuntutan kerja lain yang perlu dibereskan di tanah suci.Beruntung betul abah sebab dapat pergi haji 2 tahun berturut2.Berkat doa semua staff2 di sini.Amin.So..aku nie yang tak berapa banyak kerja adalah masa terluang meng'Aktifkan'kan kembali blog nie.Lama jugak aku tinggalkan.Yelah lepas jer jadi isteri aku lebih banyak luangkan masa di rumah mertua.Masaku banyak dihabiskan melayan adik2 yang semakin bijak, nakal dan comel2.Belajar masak.Wah..pandai ker aku masak sekarang.hehe.Bolehlah sikit.Cuma yang pasti aku semakin cekap di dapur.Dan cekap juga menguruskan rumahtangga.Alhamdulillah aku mendapat sebuah keluarga yang sgt harmoni penuh dengan kasih sayang.Sebagai menantu yang pertama...walaupun suamiku itu anak ketiga.Tapi dia dah melangkah 2 orang kakak iparku dan berkahwin dahulu(kakak 2 orang tu nak tunggu anak raja kot!):)Besar tanggungjawab yang ada di bahuku ini.Kadang2 aku rasa yang kami ni anak sulung.Mungkin kerana dalam umur yang masih muda dah ada tanggungjawab aku merasakan yang diri ini semakin matang.Kalau dulu aku susah nak buat kerja rumah, leka dengan kerja sendiri tapi sekarang aku ringan tulang tuk membantu mak di rumah.Nasiblah adik2 iparku rajin2 belaka.Walaupun kena suruh dengan mulut dulu...tapi lambat2 mereka tolong jugak.Kesian diaorang kadang2 kena bebel ngan kak mai dioarang ni.hehe.Tapi apa pun aku sayang sgt kat semua.Bila dah duk kl balik..sekejap jer aku rasa sunyi..dan bila malam mulalah teringat kat anis, hannan ngan adibah(si comel yang petah nie).Hmm...nampaknya aku kn kumpul duit cepat2...tak sabar nak balik jumpa semua kat rumah tu.lagi2 dah dekat buka sekolah nanti..mesti aku dan suami akan di'pow' oleh 3 orang budak comel yang nakal ni.
previous next home