Thursday, October 27, 2011

C.I.N.T.A chapter 1

Salam semua!
Wasuppp guy!haha...terorang putih lak saya hari nie.Ok2...hari nie semangat sikit sbb semalam cuti kan.Walaupun 1 hari jer tapi oklah kan dapat spend masa ngan my lovely dovey auni n ameer.Bangun pagi malas2 atas katil ngan diorang mmg best sangat.Lagi2 hero saya tu mmg jenis bangun awal.Kalau dia bangan sure dia akan kacau kakak dia.Sian auni kadang2 adik dia suka sondol2 dia.Tapi she very loving...patient.Tak kisahlah adik buat apa pun...sabar jer(pandai dah anak dara saya nie).So semalam saya ngan hubby bawa anak-anak ke Giant.Makan kat sana n bawa princess main kat playground dalam tu.Sekarang nie mmg WAJIB ke sana kalau dah sampai Giant tu.Kalau tak bawa....alamatnya mengamuklah dia nanti.So daripada dia bising2 baiklah bawakan?Lagipun tak habis banyak mana pun.Budak2 nie kalau disekat2 kemahuan dia...nanti perkembangan dia tak berkembang.Sekurang2nya game tu boleh menjana otak dia jugak.Nanti kalau hero dah besar sure lagi diorang happy main sama2.Saya suka tengok diorang main sama2.Walaupun ameer kecil lagi...tapi macam dia faham apa kakak dia cakap(walhal kakak dia tu pun cakap tak terang sangat lagi).Comel jer kalau main kereta sama...tapi yang payahnya sikit...kakak suka ajar adik dia main barbie doll.Adoi tak seswai tau.hehe.Hmm...auni n ameer nie mmg suka buat saya n hubby tersenyum,tergelak.Nikmat ada anak kan?Kadang-kadang bila orang tanya tak penat ker ada 2 anak nie?Hmm...penat memang penat kak oii.Mana nak buat keje rumah...urus diorang...tapi kejap jer.Now ameer dah 8bulan.Pejam celik pejam celik setahun dah.Time tu tak susah mana pun nak jaga.Even sekarang nie pun saya tak rasa susah nak jaga.Macam mana saya senang lahirkan diorang macam tu lah senangnya jaga.Alhamdulillah...syukur atas segala2nya.


Monday, October 24, 2011

save the date adawiyah & hafiz part II

lagi gambar wedding my officemate hari tu....layan ok!
auni.me.aimi n kak hasmah

papa n hero

buah hati saya

makan sapai berat perut

dengan tuan rumah

bride n groom yang cool n gojes

officemate yang cantik

kurang 1 jer pic nie

adoi...anak-anak nie berkemas lak yer

sebahagian hantaran...tp mmg cantiklah hantaran nie

Drama vs Novel

Salam selasa semua!
Hari nie saya tak keluar lunch.Sudah 2 hari sebenarnya tak lunch.Bukan apa rasa kenyang lagi pas amik brfast tadi.Lagipun dapat save budget sikit.Semalam saya tak sihat sangat.Ntah kenapa pagi2 rasa sakit perut n pening kepala.Simptom2 yang ada tu mmg macam pregnantlah.Tapi tak mungkin kota sbb saya br pas 'bendera merah'.Budak2 kat ofis nie makin galaklah usik saya.Memang pantang betul kalau dapat tau saya tak sihat nie.Sabar ajerlah yer.Asal tak sihat kome ingat kakak kome nie pregnant.Oh!no..no..no.Tunggulah hero besar dulu.Tak larat lah nak jaga sampai 3 orang.Dua nie pun semputtttt!.hehe.Ok..ok..panjang betul mukadimahnya...dahlah lari dari tajuk.haha.Isk...suka hati saya lah wall saya.Nak baca silakan tak nak baca tinggalkan owkey!.Hurm..berbalik pada tajuk tadi...korang layan tak citer STANZA CINTA.,HANI atau KEIMANAN CINTA?Citer2 yang diadaptasi dr novel.Saya tak sempat nak tengok stanza...asyik lupa jer hari ahad tu kan.Yelah kalau dah hari ahad tu sure sibuk dengan baju2 nak gosok tuk gi keje.Barang2 princess n hero lagi.So mama nie mmg jarang tgk tv lah.(selalu pun hubby n princess jer duk dpn tv tu).So korang rasa drama mana yang best?Maksud saya yang sampai korang terbawa2 citer kat opis...dengan jiran2 sebelah rumah.Mak cik cleaner ker?hehe.Ada yang follow sampai habis tak?Kalau ada ending drama tu cam yang korang fikirkan atau sebaliknya?Kadang2 tu ada yang sanggup beli novel dulu dan habiskan untuk tahu ending citer.Tapi kalau ending tak sama macam mana yer.Apa korang rasa?Mesti frustkan?Macam sorang pembeli nie sampai call saya time drama KC habis tu.Siap marah2 saya tanya kenapa drama ngan novel tak sama?Aik...pelik gak orang nie.Buat apa tanya saya gi lah tanya script writer atau penerbit dia.For me lah kan kalau nak buat drama yang ada adaptasi atau karya dari sesebuah buku tu biarlah tulus...sama jalan citernya.Jangan diubah banyak sangat.Pembaca dan penonton adalah orang yang sama.Jadi mereka mengharapkan drama hidup itu sama dengan bacaan mereka.Kalau berbeza buat apa suruh beli kan?Ikhlas saya memang tak ikuti drama yang adaptasi2 nie selain dari TRILOGI CINTA keluaran Suhan Movie dulu.Sebab jalan citer dia mmg sama.Saya tengok citer tu saya dapat follow citer..sama macam saya baca.Rasa saya dapat kepuasan bila setiap dialog dan scene tu seperti dalam buku.Puas hati sangat2.So saya rasa penulis buku adalah penulis skrip itu sendiri.Sehebat dan sebaik mana pun seseorang penulis skrip tu...takkan sama dengan yang asal.Mungkin penulis buku tu takde kepandaian dalam membuat skrip tapi dia masih boleh berganding bahu atau diberi 'right' untuk mengolah citer dia ke bentuk visual.Kerja di bidang publishing dan production nie mmg memerlukan kesabaran yang tinggi.Kena marah tu mmg biasalah.Cuma saya akan rasa ralat kalau sebab ketidakpuasan hati kita terhadap sesuatu yang kita inginkan tu tak dapat.Kita lepaskan pada orang lain.Drama tetap drama.Mati atau hidup watak2 yang kita suka tu mmg bukan kawalan kita.Mana tau penerbit nak sambung lagi kan?Tapi...tak per pun.Biarlah citer itu sekali tu saja.Tak best rasanya kalau bersambung2 nie.Jadi meleret2 macam drama indon pulak.So...saya harap tulisan nie tak menyinggung sapa2.Maaf kalau ada yang terasa.Macam saya cakap tadi ini blog saya...kalau suka baca kalau tak tinggalkan.Ok buhbye!

Thursday, October 20, 2011

save the date adawiyah & hafiz

cantikkan?

candy buffet table

mrs pretty

her prince

gadis-gadis polkadot yang gojes

congrats hafiz n angah

me with nurul n wawa

Yue yue dah takde..

pic from yahoo news
Ini gambar parents Yue Yue yang kena langgar hari tu.Baru pas baca berita dia dan difahamkan dia dah mati.Hmm kecederaan dia teruk sangat kalau recover pun tak tau dia boleh hidup sempurna macam orang lain semula.For me...ini cara terbaik dia.Dia budak yang tak tau apa2.Kalau orang Islam ni...sure orang kata anak dia akan tunggu mak ayah dia di syurga.Moga kejadian ini akan membuka mata kita untuk lebih prihatin pada sekeliling.Jangan gelapkan hati kita untuk membantu.

Penawar Hati

Salam Jumaat semua!Sekadar renungan untuk kita bersama.Mulakan tugas dengan Bismillah dan buatlah kerja dengan ikhlas agar pahala yang diterima itu TIDAK sia-sia.

Malangnya dia...

Hmm...hari nie baru ada kekuatan untuk tulis kat wall nie.Bukan apa saya sangat tersentuh bila tgk video seorang kanak-kanak 2 tahun dilanggar dan dibiarkan sebelum dibantu.Mula-mula tengok video tu seriusly saya teringat kat princess saya.Agaknya besar auni jer budak tu.Oh saya baru tahu nama dia Yue Yue(search di goggle tadi).Sebelum ni saya bukanlah ambil tahu sangat hal-hal diluar sana.Cukup kalau saya baca dan kemudian buat kesimpulan sendiri such as "hmm..kesian dia" atau "alala..napelah jadi camnie kat dia".Tapi kes Yue Yue nie saya memang tak boleh diam diri.Kebetulan time berita tu keluar hubby takde kat rumah sbb kena kursus 2 hari.So semalaman saya tidur dengan princess n hero jer.Malam tu memang saya peluk dua-duanya.Rasanya tak lena sangat saya tidur.Takde sebab lain pun...tapi asal nak lelapkan mata jer saya terbayang anak kecil tu.Saya nie bukan mak dia pun..tapi saya dapat rasa apa mummy dia rasa bila tgk anak dia jadi camtu.Ya Allah...saya tak pernah rasa sakit dilanggar...sakit bersalin pun saya masih kuat lagi.Tapi apalah daya kudrat seorang budak dilanggar macam tu.Remuk rasanya hati saya bila baca sebab pemandu tu teruskan melanggar budak tu.Bagi saya dimana-mana tempat pun tak perlu ada undang-undang macam tu.Reason dia kalau dia langgar dan budak tu mati dia hanya didenda jer.Denda dia dalam RM5K.Mungkin bagi dia tak banyak.Sebab tu dia tak kisah.Tapi kalau budak tu hidup..dia kena tanggung semua kos perubatan budak tu.Logik ker diorang buat undang-undang macam tu?Dan yang saya pelik lagi...hampir 18 orang yang lalu di sana tak pedulikan budak tu terbaring kesakitan dengan telinga,mulut berdarah.Siap ada yang kata tak nampak budak tu sebab kawasan di situ gelap.Hello...tak kan diorang tak dengat budak tu menangis.Mujurlah ada perempuan tua yang kerja dia hanya kutip kotak-kotak terbuang tolong budak itu.Jangka masa dia datang tolong tu tak tau lah saya.Mungkin kalau dia lambat lagi....budak tu dah mati kot.Allahuakbar!Dan sampai hari nie saya masih follow berita pasal Yue Yue.Saya harap dia akan sembuh.Tapi kalau dia sembuh...adakah dia akan ok seperti sedia kala?Saya harap rakyat kita tak seperti mereka di luar sana.Biar pemikiran kita canggih seiring dengan kemajuan negara kita.Pada parents di luar sana...sentiasa perhatikan anak-anak kita terutama di jalanraya.Peganglah tangan mereka seeratnya agar tidak terlepas sbb saya takut kalau kita terlepas nanti...itu jadi kali terakhir kita pegang tangan anak-anak kita.

Ya Allah...hambaMu ini memohon perlindungan dariMu dari segala mala petaka dan Kau lindungilah keluargaku...anak-anakku dari musibah!Amin...

permata hati saya yang sangat berharga

Tuesday, October 18, 2011

Kerja oh kerja!

Salam semua!
Happy Tuesday All.
Hari nie baru saya ada masa nak borak-borak ngan korang kat wall nie.Minggu lepas saya sibuk sikit.Almaklumlah kalau majalah batu masuk,saya mmg kelam kabut sikit.Kerja di bidang majalah nie macam tu lah.Kalau editor2 kat atas tu bz kejar dateline, saya pula bz untuk packing dan post majalah.Semua mesti xsabar nak tunggu majalah sampai tepat pada masanya.Ini pun dah terlewat 2 hari dari tarikh biasa.Mistake saya sendiri yang suka tangguh2 buat kerja.Kebetulan pula bos kewangan nie cuti menyambut menantu sulungnya(nanti saya upload pic wedding anak dia).2 hari pula staff2 baru kursus.Jadi saya tak cukup tenaga nak packing majalah nie.Mujur ada adik yang comel(nama dia Puah)...yang tgh cuti sem sekarang tolong.Dia nie gantikan saya jap time saya cuti bersalin dulu.Dah cekap dah buat keje2 nie dan dia tau apa nak buat.So saya tak risau sangat.Ringan sikit rasa kerja tu.Boleh saya fokus dekat belian buku2 kat website lak.So oklah...till now yer.

Tuesday, October 11, 2011

Kekuatan Itu



Ya Allah
Aku meminta kepadaMu kekuatan
Agar aku terus bertahan

Ya Allah
Hambamu ini tidak kuat
Kerana sering tergoda dengan hasutan musuhMu

Ya Allah
Mengapa sifat amarahku terlalu tinggi
Dan egonya terlalu mendesakku

Ya Allah
Dialah lelaki yang aku cintai dulu
Bertemu aku dengannya kerana Engkau

Dan aku mengahwini dia juga
Kerana Engkau

Ya Allah
Kau limpahilah rahmat dan hidayahMu
Agar hambaMu ini terus kuat
Menempuh dugaanMu

Aku cinta dia
Aku sayang dia
Tapi hati ini mudah terluka
Dengan tingkah laku tanpa sedarnya

Justeru itu
Teruskanlah memberikan kekuatan kepadaku
Teruskanlah membimbingku
Teruskanlah memayungi hambaMu ini

Hanya padaMu tempat ku mengadu
Tempatku memohon segala-galanya

Amin Ya rabbal alamin..

astana karya 12.10.11 




Monday, October 10, 2011

Weekend!

Salam semua!
Firstly mulai hari nie saya tak boleh nak membahasakan diri aku-aku lagi.Hubby saya cakap tak manislah mama cakap camtu.Cuba guna saya, i ker.Elok sikit bunyinya.Ok-ok fine!Ini kan blog saya so suka hati sayalah.Haha...mahunya saya jawab macam tu dekat suami saya.Tak cium bau syurga saya tau.So saya sound sweetkan?Kalau tetiba ter 'i' atau 'you' tu biasalah.Bila sudah start membebel dalam blog nie bukan sedar apa pun.Erm...background muzik nie bestlah pulak.Aisheteru by Zivilia.Suka lagu nie sbb my hubby suka sangat dengar.(lagu tema Cinta Melody).Orait apa yer nak story kat korang.Ok sabtu lepas saya duduk rumah jer dengan hero while hubby pergi majlis akad nikah one of our staff kat ofis nie.Princess jer temankan dia.Mula-mula tak nak kasi dia pergi sbb takut hubby tak boleh nak kawal tapi balik tu hubby citer yang princess baik sangat.Ikut jer cakap papa dia.Siap tolong jagakan beg kamera papa lagi.Ala-ala nampak sangat princess tu dah makin besar dan matang.So sabtu tu malam kami keluar jap ke Sri Gombak.Member hubby yang rapat jugak ajak makan2 rumah dia.Siap bbq lagi...yang bestnya semua tu kami jer habiskan.Kenyang yang amat.Esoknya kami mmg plan nak bawa anak-anak ke Aquaria.Princess dah besar sikit...so senang nak bawa dia.Ameer takpe dia mmg good boy.Cayang sangat kat hero nie tau!Pukul 11pg kami sampai sana.Kami gi ngan my BFF since dr kolej lagi.So saya tunjuk kat korang yer gambar-gambarnya.Opss...lupa nak gi tau lak.Ticket price dia tak mahal pun.Adult Rm35  n children bawah 3 tahun free jer!Ok lah kan price dia.Berbaloi masuk dalam tu.Tenang n sejuk jer rasa


princess mama

my besties

auni..auni..

hero with aunty farah

excited tgk kolam tu

mama dengan hero n princess

ouch...besarnya

independent girl

pari!

diver yang best dapat join dengan ikan2 tu

their tummy have bb to born!

me=hubby

love u!

Thursday, October 6, 2011

Aku dan rasa itu

Salam Jumaat semua!Pagi tadi korang breakfast apa?Aku hari nie breakfast ditaja oleh officemate.Yeah suka2 sbb tak yah kuar duit tuk pagi nie.Selamat duit aku.Thanks to En.Mislan yang baik hati hari nie belanja kami semua dengan pulut dan rendang.Siap ada ikan masin dan kuih muih lagi.Hmm..selalunya hari jumaat ofis akan buat baca Yassin dulu sebelum mulakan tugasan yang tertangguh.(hari2 lain baca doa dulu).Hari nie pas baca email aku nak citer2 sikit dalam blog nie.Keje dah bis sebenarnya...sbb aku suka buat keje cepat2.So sampai masanya semua keje aku siapkan dah tgk sekarang aku tak de keje dah.(rajin tak aku nie).Ceh perasaan lebey lak puan mai nie yer.Ok2 korang2 aku nak tanya sikitlah korang pernah tak rasa x suka kat seseorang tu sampai x boleh nak tgk bayang2 dia pun!Aku..aku pernah rasa macam tu jugak.Takde sbb munasabah pun cuma aku rasa kurang selesa dengan dia.Nak kata sampai tahap benci tu takdelah.Isk...tak baik benci membenci nie.Nanti kita benci orang...orang benci kita jugak.No...no..no.hehe.Adik2 luar sana jgn ikut perangai akak yer.Ikut yang baik2 jer ok.Hmm..dah2 sambung citer balik.Kalau ikutkan aku...sesiapa jer boleh jadi kawan aku.Takde taraf2 nya.Apa background korang u'r welcome to be my friends.Kadang2 ada orang cakap aku nie sombong.Eauww...muka i nie serius sangat ker sampai ada yang cakap camtu yer.Takkan aku nak menyengih setiap masa.(cam tak betul jer).Dulu time kat sekolah dulu...aku salah seorang prefect sekolah.So mmg muka stok orang xsukalah.Nak kata serius sangat time malam pengawas i menang anugerah pengawas paling friendly ok!nak i sebut lagi palingggg friendly ookey.Mana ntah hadiah tu aku dapat tu.Sweet jer present tu tau.Sayang time renovate rumah tu hilang ke mana ntah.Ehem back to main story yer puan mai.Suka ngat melalut jauh2.Orang yang aku kurang selesa nie agak rapat jugaklah.Nak tak nak mesti akan jumpa jugak.Bila jumpa tu aku cuba nak sesuaikan diri..layan dia...borak2 ngan dia.Tapi so susahlah.Tak boleh nak berlakon(even i mmg tak pandai nak sembunyi2 nie).Kalau muka tu dah xikhlas...apa yang buat pun tak ikhlas.Kesian lak aku tgk dia sbb cuba nak cakap2 ngan aku.Aku tahu dia susah payah nak layan kerenah aku nie.Tapi maaflah...dengan awak saya memang payah sikit.So apa yang aku buat kalau jumpa dia just layan cam biasa.Borak tu kalau perlu jer lah.Lain-lain tu biarlah Allah yang aturkan.Moga2 aku akan dapat terima dia seadanya.Hari-hari aku doa agar aku nie tak termasuk dalam orang-orang yang dimurkai Allah kerana sifat aku yang khilaf ini.

Wednesday, October 5, 2011

Yati n Husni Wedding Part 2

Pak long aka ayah pengantin

After akad

As usual after nikah...nie antara pic wajib tangkap

daddy n daughter

yati's family in law


auni n her makngah

mak n abah with their grandson

hubby's family

ibu aka mama pengantin

Renungan bersama


Tuesday, October 4, 2011

Pelengkap Hidupku

I takdelah pandai sangat buat video2 klip nie.Tapi satu hari tu teringin nak ada video sendiri so i minta sorang kawan nie ajarkan.3 hari jugak buat...pas berpuluh2 kali ubah akhirnya inilah yang terhasil.Gambar dari auni dr kecil hingga sekang plus gambar mama n papa dia kahwin dulu(ingat nak buat dr time couple)tapi banyak pic takde.Semua dalam laptop hubby yang dah tinggal kenangan(kena curi)wuarghhh.Gambar hero tu sikit jer..pasni nak tangkap gambar dia banyak.So boleh wat video banyak2.Yeye...best2.Oklah korang enjoy the vid yer.

Convocation Day!

Salam all!
Hi hari nie just nak share ngan korang semua picture2 hari konvokesyen saya.....hehe...no lah.Saya nyer convo soon ok!(tahun berape u all tunggu jer lah yer).So semalam sister in law konvo...me..hubby n auni gi jugaklah raikan.Tapi gi sana pun time dah selesai semua.Tak larat lah nak tunggu lama2.Hmm rasa semangat nak sambung study lagi.Ada plan tapi belum laksanakan.Hubby pun ada cakap jugak...n i rasa oklah kan kalau dia nak sambung balik.I akan support 100%.Oklah pendek jer entry kali nie sbb nak tunjuk gambar jer kat korang.Please enjoy the picture yer but ignore pic princess yang ntah apa2 tu.Hero i x bawa sbb tidur time nak ambil dia kat nursery tu.

YM Raja Nazrin Shah

The place

Love the colourful flower over there!

The graduation

Look at auni tu...susah tul nak amik gambar

Tak cukup semua nie..kalau tak penuh pic nie

one n only my princess

my hubby look muncit!

future ok hannan

adibah hanim

previous next home