Wednesday, September 30, 2009

Gambar raya auni bersama keluarga


Raya 1 Auni Hafsah bersama




Bersama keluarga suami di Kedah

Seronoknya raya!



Alhamdulillah...kita dah selamat menjalani ibadah puasa dan tibalah hari raya yang dinantikan.Tahun nie tahun pertama anakku beraya bersama.Untuk Auni aku dah belikan dia 4 pasang baju gaun.Biarlah dia beraya dengan baju baru.Pagi2 raya lagi dia dah bangun.Bersiap seperti mama dan papanya juga.Wah cantik sungguh auni dengan gaun kuning cairnya.Tema kami sekeluarga tahun ini.Beraya di rumah suami di Kedah mengajar auni suasana beraya di kampung.Kesana sini auni dibawa beraya dan berjumpa dengan sedara mara yang lama tak ditemui.Lepas orang2 akan pegang dan dukung auni.Penatlah auni dan apabila naik saja kereta terus tidur.Tak sempat lena dah sampai kat rumah lain.Tapi auni seronok sbb dapat banyak duit raya.Sampai sahaja rumah terus dia ..zzzzzz

Thursday, September 10, 2009

Auni 4 month!



Hari nie bawa auni g check up.Alhamdulillah dah 7.4kg dia sekarang.Auni dah semakin aktif dan bijak.Seronok tengok perkembangan dia dari mula lahir hingga sekarang nie.Auni anak yang manja, aktif dan senang nak dijaga.Aku dan husband rasa yang dia cepat sangat besar.Tahu2 jer dah 4 bulan.Betul kata ibu bila dah ada anak nie apa sahaja yang kita buat akan teringat dan fikirkan dia.Bagi mak di kampung auni nielah buah hati dia sekarang.Yelah cucu pertama dalam keluarga.Kat kampung pula ramai makcik2 dia yang sukarela nak melayan dan menjaga auni.Pendek kata kalau balik sana auni nie di layan sungguh2lah.Sorang mandikan dia..yang sorang lagi dah ready dah nak pakaikan baju.Paling xcited tentulah adik ipar aku yang bongsu..Adibah Hanim.Kalau kami balik sana tentulah auni tak dapat nak duduk diam.Sekejap2 di angkat, dibawa sana sini.Ringan sikitlah aku bila balik kampung.Boleh rest sikit bila ada orang yang tengokkan auni.Cakap pasal kampung...insyaAllah minggu depan kami akan pulang untuk beraya disana.Tentu tak sabar2 makcik2 auni tunggu anak buah diaorang nie.
previous next home