Thursday, September 10, 2009

Auni 4 month!



Hari nie bawa auni g check up.Alhamdulillah dah 7.4kg dia sekarang.Auni dah semakin aktif dan bijak.Seronok tengok perkembangan dia dari mula lahir hingga sekarang nie.Auni anak yang manja, aktif dan senang nak dijaga.Aku dan husband rasa yang dia cepat sangat besar.Tahu2 jer dah 4 bulan.Betul kata ibu bila dah ada anak nie apa sahaja yang kita buat akan teringat dan fikirkan dia.Bagi mak di kampung auni nielah buah hati dia sekarang.Yelah cucu pertama dalam keluarga.Kat kampung pula ramai makcik2 dia yang sukarela nak melayan dan menjaga auni.Pendek kata kalau balik sana auni nie di layan sungguh2lah.Sorang mandikan dia..yang sorang lagi dah ready dah nak pakaikan baju.Paling xcited tentulah adik ipar aku yang bongsu..Adibah Hanim.Kalau kami balik sana tentulah auni tak dapat nak duduk diam.Sekejap2 di angkat, dibawa sana sini.Ringan sikitlah aku bila balik kampung.Boleh rest sikit bila ada orang yang tengokkan auni.Cakap pasal kampung...insyaAllah minggu depan kami akan pulang untuk beraya disana.Tentu tak sabar2 makcik2 auni tunggu anak buah diaorang nie.

0 ulasan:

previous next home