Friday, April 20, 2012

Saturday Blues!

Salam semua.Lama mai tak update blog nie.Kesian wall nie senyap sunyi jer.Ingat boleh spend masa citer dekat kawan-kawan aktiviti harian.Ini jangankan harian,mingguan pun belum tentu lagi.Hmmm..mana nak mula dulu yer.Ok..kerja,macam biasa.Hari-hari pun sentiasa kejar dateline untuk siapkan apa yang ada.Dalan kerja mai memang tak boleh nak tangguh-tangguh.Kesian customer yang membeli dan tunggu barang sampai.Kadang-kadang tu bayar pagi,petang dia dah tanya sama ada barang dah pos belum.Hehe...kalau mai rajin memang sempatlah nak pos.Tapi selalu mai akan kumpulkan sekali order-order yang ada untuk dipos esoknya.

Auni n Ameer pula,makin hari makin bijak.Auni memang dah nampak yang dia makin matang.Kalau bertanya tu memang lancar jer.Paling tak tahan kalau terkeluar soalan-soalan yang agak mencabar minda untuk menjawab.Tapi itu semua memang proses dia untuk membesar.Mai memang happy tgk dia.Makin cantik,bijak dan Alhamdulillah boleh diharap untuk tengok-tengokkan adik dia.Sifat kakak tu dah ada dalam diri dia sejak Mai pregnantkan Ameer lagi.Dan Mai punya bujang yang hensem tu,dah boleh sebut 2-3 patah perkataan.Pantang tengok makanan,sure perkataan "nak' tu laju jer.hehe.Comel sangat bunyi dia bila sebut tu.Selain mama dan papa yang memang hubby dan Mai tunggu untuk dengar dia cakap.Mai rasa mana2 parents akan happy sangat bila anak dia panggil mama,papa,ayah,ibu n etc.Yelah anak kita kan,apa yang dia buat semua kita suka.

Myself=Tuan Badan...erm...Mai dah mula berjinak dalam online bisnes.Adalah modal sikit untuk mulakan perniagaan nie.Alhamdulillah,memang ada sambutan.Okey nak tahu Mai jual apa?Mai jual baju-baju muslimah yang kebanyakkannya t-shirt muslimah.Siapa kata baju-baju muslimah ni boring jer design dia.Kaler terang-terang...pastu ada tulisan sikit kat bawah n letak gambar perempuan pakai tudung!La ni(cakap Kedah pula)...baju-baju yang ada memang cantik tertarik siapa pakai memang debommmlah.Kalau nak tengok boleh usha-usha kat FB Mai www.facebook.com/princessnherocloset.
Kalau beli,cakap kawan-kawan tahu ni dari blog Mai,akan dapat lebih diskaun! wa..ka-ching...ka-ching.

Okeylah...nanti Mai update apa-apa yang tertinggal.Tengah-tengah malam ni mata dah kemana,otak nak fikir ayat pun dah melayang-layang.2 bb Mai tu dah tidur lena ditemani papa diaorang.Mama jer tak reti-reti nak tidur.Bak kata lirik lagu Nirwana Band ni...Sudah cukup cukup sudah...cukup sampai disini saja.=)

Nite yer! <3
previous next home