Friday, April 20, 2012

Saturday Blues!

Salam semua.Lama mai tak update blog nie.Kesian wall nie senyap sunyi jer.Ingat boleh spend masa citer dekat kawan-kawan aktiviti harian.Ini jangankan harian,mingguan pun belum tentu lagi.Hmmm..mana nak mula dulu yer.Ok..kerja,macam biasa.Hari-hari pun sentiasa kejar dateline untuk siapkan apa yang ada.Dalan kerja mai memang tak boleh nak tangguh-tangguh.Kesian customer yang membeli dan tunggu barang sampai.Kadang-kadang tu bayar pagi,petang dia dah tanya sama ada barang dah pos belum.Hehe...kalau mai rajin memang sempatlah nak pos.Tapi selalu mai akan kumpulkan sekali order-order yang ada untuk dipos esoknya.

Auni n Ameer pula,makin hari makin bijak.Auni memang dah nampak yang dia makin matang.Kalau bertanya tu memang lancar jer.Paling tak tahan kalau terkeluar soalan-soalan yang agak mencabar minda untuk menjawab.Tapi itu semua memang proses dia untuk membesar.Mai memang happy tgk dia.Makin cantik,bijak dan Alhamdulillah boleh diharap untuk tengok-tengokkan adik dia.Sifat kakak tu dah ada dalam diri dia sejak Mai pregnantkan Ameer lagi.Dan Mai punya bujang yang hensem tu,dah boleh sebut 2-3 patah perkataan.Pantang tengok makanan,sure perkataan "nak' tu laju jer.hehe.Comel sangat bunyi dia bila sebut tu.Selain mama dan papa yang memang hubby dan Mai tunggu untuk dengar dia cakap.Mai rasa mana2 parents akan happy sangat bila anak dia panggil mama,papa,ayah,ibu n etc.Yelah anak kita kan,apa yang dia buat semua kita suka.

Myself=Tuan Badan...erm...Mai dah mula berjinak dalam online bisnes.Adalah modal sikit untuk mulakan perniagaan nie.Alhamdulillah,memang ada sambutan.Okey nak tahu Mai jual apa?Mai jual baju-baju muslimah yang kebanyakkannya t-shirt muslimah.Siapa kata baju-baju muslimah ni boring jer design dia.Kaler terang-terang...pastu ada tulisan sikit kat bawah n letak gambar perempuan pakai tudung!La ni(cakap Kedah pula)...baju-baju yang ada memang cantik tertarik siapa pakai memang debommmlah.Kalau nak tengok boleh usha-usha kat FB Mai www.facebook.com/princessnherocloset.
Kalau beli,cakap kawan-kawan tahu ni dari blog Mai,akan dapat lebih diskaun! wa..ka-ching...ka-ching.

Okeylah...nanti Mai update apa-apa yang tertinggal.Tengah-tengah malam ni mata dah kemana,otak nak fikir ayat pun dah melayang-layang.2 bb Mai tu dah tidur lena ditemani papa diaorang.Mama jer tak reti-reti nak tidur.Bak kata lirik lagu Nirwana Band ni...Sudah cukup cukup sudah...cukup sampai disini saja.=)

Nite yer! <3

Friday, March 30, 2012

Update!update!






Salam,
Hi semua.Hmm lama betul menyepi.Kesian blog nie tak terurus dah.Nak kata bz sangat,biasalah kan kalau dah jadi mak nie.Hari2 pun ada kerja,Habis kerja dekat ofis sambung di rumah pula.Hari minggu pun kn buat ritin harian jugak.Mujur anak2 dah pandai main2 sendiri.Tapi faham2 jer lah kalau sudah bermain tu,sure sepah rumah.Mama kemas dapur,kakak n adik kemas depan.Mama kemas depan depa masuk biik pulak.Sampai malam pun tak habis.Alih2 mama n anak2 lepak depan tv layan kartun=).Ok..2 bulan nie...memang banyak yang berlaku.Selain anibeseri kami yang ke 4,my boy turn 1y.Alhamdulillah.So hadiah dari tu,kami menang second place contest yang kami masuk hari tu.Ini gambar2 yang kami shoot hari tu.Seronok sebab ini first time photoshoot dengan anak2.Mac nie pula,me turning to 27! Weee...almost 30 dah saya.Hmm...nothing to wish just doa saya dipanjangkan umur dan dapat tengok anak2 membesar.Oklah...stuck idea nak menulis lepas lama tinggalkan blog nie.Anything will update later.See ya!

Monday, January 16, 2012

Spread the Love Contest! Time to vote Now!



1st contest yang saya masuk.Harap2 dapat menang hadiah yang menarik tu untuk anniversery kami nanti.Plz support ok!Tq!

xoxo


Monday, December 26, 2011

Gambar Auni~new born till now!





Friday, December 23, 2011

Kisah mama part 3

29.4.2009
Alhamdulillah...suami saya dapat tengok bb kami sebelum bb diletakkan dekat bilik baby.Kebetulan suami baru lepas solat Subuh dan sempat dia doa saya selamat lahirkan anak kami.Berkat doa ayah...dan semua family anak perempuan sulung saya...cucu pertama dalam family mertua dan cucu perempuan pertama dalam family saya dapat lihat dunia nie..Anak nie bertuah sebab No.1 tu ada dekat dia.Lepas saya terjaga dari tidur yang agak panjang tu...baru saya rasa ngilu sikit dekat perut.Bius dah habis kata nurse pada saya.Hmm..saya tengok dekat sebelah saya ada mummy yang baru lepas terjaga juga.Dia dapat baby boy.Anak saya dah diletakkan di antara kedua kaki saya dan kami ditolak ke lift untuk ke katil.Sampai bilik dah siang dah.Bila nurse suruh saya bangun...saya terpaksa tampung tangan nie agar saya tak jatuh.Memang tak larat sbb baru saya ingat yang dari malam tadi saya tak makan apa2.Last yang saya makan ialah sebiji kurma dan air zam zam.Nurse minta saya susukan baby dulu.Untuk kali pertamanya saya rasa betapa indahnya panggilan MAK pada seseorang wanita.Walaupun agak kekok tapi saya cuba juga.Bb tak minum banyak pun...lepas dia kenyang kami tidur sama2.Nurse cakap saya kena puasa dulu.Petang baru boleh makan.Tapi ajaibnya saya tak rasa lapar.Mungkin dah ada bb sebelah saya, dan saya rasa kuat.Sakit yang ada pun hilang bila tengok muka anak yang sangat comel tu.Mungkin korang tertanya2 kenapa bb nie takde nama lagi.Sbb yang utamanya mmg ambil masa sikit nak pilih nama dia.Saya dan suami ada pilihan nama masing2..tapi mertua tak setuju.Katanya maksud yang kami pilih tu tak sesuai.Jadi dari nama tu kami gabungkan pilihan kami iaitu AUNI dan pilihan mertua HAFSAH.Maka anak bertuah nie diberi nama dan didaftarkan untuknya AUNI HAFSAH BT ABU HANIFAH.Cantik nama tu secantik dia sekarang.Petang tu bila dah boleh makan dan minum..barulah saya bertenaga untuk bangkit.Pesan ayah...angah jangan biarkan badan tu lemah...cuba tegakkan badan.
.Cuma yang susahnya operate nie kita tak boleh terus buang air kecil.Ada satu tiub disambungkan untuk kita buang air kecil.Pad kita pun orang yang tukarkan.Malu memanglah...tapi itulah yang tak boleh dibuat lagi sbb takut banyak sangat gerak...jahitan tu terbuka.Kalau terbuka...aduh...faham2 jer lahkan.hehe.Saya ingatkan lepas dah grak dan jahitan dah ok kami boleh balik.Tapi tiba-tiba hari ke2 Auni lahir...mata n kulit dia nampak kuning sikit.Time tu saya berdoa..janganlah dia kena jaundis.Tapi Allah tu lebih sayangkan kami dah nak uji kami lagi.Juandis dia kuat jugak sampai kn letakkan 2 lampu.Tapi sayang sangat dekat dia sbb dia memang tak selesa duduk kat bawah lampu tu.Saya pun tak berdegil untuk biarkan dia...sekejap2 saya angkat dia dan letakkan dia sebelah saya.Bila nurse datang,saya letak dia balik.Nak menangis tengok dia.Sampai satu ketika bila saya pegang dia...saya hampir terlepas sebab mengantuk.Mujur saya sedar dan saya letakkan dia di atas katil.Saya tak boleh tidur sbb Auni asyik terjaga jer.Sekerap mungkin saya susukan dia sbb itu ubat terbaik untuk dia cepat sembuh.Bila saya dengan Auni saya masih rasa tak percaya lagi.Semalam saya tidur sorang dekat katil nie...tapi malam nie saya dah ada dia.Anak yang kami tunggu selama nie.Cinta kami dan nyawa kami.5 hari kami ditahan sebab Auni tak ok lagi.Mujur hari terakhir sebelum kami dibenarkan balik tu...suami letakkan dia di dalam katil dia dan Auni tidur dengan lena.Bila anak kena juandis nie...doktor akan sentiasa check darah dia.Tapi setiap kali dia ambil darah...diaorang mesti bawa Auni jauh dari saya.Sebab diaorang tak nak saya dengar Auni menangis bila dicucuk tu.Bila diaorang hantar Auni balik ke katil...tangan dia saya nampak bekas cucuk tu.Luruh hati nie sebab saya tahu sakit sangat.Auni adalah anak yang sangat kuat...dalam 3 kali dia kena ambil darah tu...sekali jer dia nangis.Itu pun sebab kacau dia tidur.Hmm...rupanya saya yang tak kuat.^_^

3.5.2011
Akhirnya kami dibenarkan keluar hospital.Apa yang buat kami happy...rezeki anak nie...kereta kami pun keluar.So kereta nie mmg sama lahir dengan Aunilah.hehe.Sebenarnya bila duduk hospital nie memang mengajar kita untuk berdikari dan apa yang untungnya bersalin di gov hospital nie, mereka memang galakkan kita menyusukan anak.No bottle!Alhamdulillah selama di hospital Auni dapat minum susu saya sebanyak2nya.Tapi saya tak dapat teruskan di rumah sbb kurang ilmu dan mungkin cepat tension bila Auni tak dapat minum dengan elok.Owh lupa nak gi tau bil kami...5 hari + operate + lain2 kos = RM 158.00!ha korang dapat tak camni kalau masuk swasta tu.hehe.Jadi inilah first experience as mummy aka mama nie.Auni sekarang dah 2 tahun lebih.Dah banyak kepandaian dia, dan dah jadi kakak pun.Doakan Auni sentiasa sihat dan membesar jadi anak yang SOLEHAH!.

Thursday, December 22, 2011

Kisah mama part 2

28.4.2009

Ok kita sambung lagi citer mama nie yer.Ada yang cakap nak tahu sampai habis.Amboi nampaknya kena sambung sampai part 9-10 kot baru habis.hehe.Hmm ok..xpe2 kita kongsi sama2 kalau ada story pasal nie yer.Orait sambung balik citer semalam, lepas jer kawan saya tu masuk labour room saya tinggal sorang2 dalam bilik.Lama juga sementara nak tunggu wad kosong.Ada yang tanya nape tak gi swasta.Senang sikit.Oklah...jawapan saya senang jer...saya memang tak plan nak gi swasta2 nie sbb yang paling utama KOS TINGGI.Akhir citer nanti saya gi tau kat korang bape kos saya duk hospital.Sure tanjat nyer.hehe.Ok balik pada citer(bape banyak baliklah=).Dekat pukul 12tgh adalah nurse yang comel nie bawakan makanan tuk lunch.Cer teka makan apa.......NASI AYAM!.Tapi nasi ayam kat hospital nie tak lah sedap macam kat kedai tu.Memandangkan perut nie dari pagi kosong(tak selera nak makan pun) saya pun makanlah.Time nie saya dah dapat jumpa hubby saya.Yeehaa...tapi tak peluk2 pun sbb malu.Dalam hati mmg nak peluk.^_^Dapat borak dengan dia pastu dia cakap sabarlah...dia tunggu sampai saya dapat bilik nanti.Kesian dia sbb sampai jer dr Kedah...terus gi hospital.Tengok dia lagi cuak dari saya.Hmm...saya tak ingat pukul berapa saya masuk wad...tapi tak lama lepas makan2 tu saya dengan 2 orang mummy lagi kenalah angkat barang2 sendiri naik ker tingkat 7.Tak silap saya wad 7F.No katil tak ingat lorh.Bilik dia ada 8 orang.Tapi selesa jer...at least saya ada kawan jugak.Lagipun tak rasa nak ambil bilik yang privasi sikit sbb saya takut nanti saya sorang2 jer dalam bilik tu.hehe.Kebetulan time tu dah waktu melawat.Bolehlah hubby masuk dan temankan saya.Borak macam2 dengan dia.Macam lama sangat tak jumpa.Yelah kitaorang tak pernah pisah lama2.Mana2 mesti berdua jer.Habis waktu melawat hubby still tunggu lagi.Tak taulah apa dia buat dekat luar tu selain dari solat.Bukannya ada bilik nak rehat.Memang hati nie sebak jer.Kalau hospital nie boleh benarkan suami temankan isteri kan senang.Tapi...yelahkan...nama pun hospital.Sure untuk orang2 sakit jer.Kalau dia open tuk semua...sure satu family nak temankan.Hari pertama saya di hospital takde apa2 sangat pun.Petang tu family datang melawat dan ibu saya suruh doa banyak2.Saya pun takde nak gi tau sapa2,sebab saya tak rasa sakit pun.Lepas jer habis watu melawat petang tu...itulah first time bermalam di hospital without orang2 yang saya kenal...tak silap saya bilik saya tu penuh.1 mummy cina nie dengan baby dia.Tapi bb dia kn juandis.Kena duk bawah lampu biru tu.Comel jer bb dia.Sebelah katil dia...mummy melayu yang macam saya jugak.Yang lain tu tak nampak tahu sangat sbb time tu diorang tutup dengan langsir(mungkin silau lampu).Saya pulak katil hujung sekali dekat dengan pintu.Senang nurse nampak.hehe.Mula2 saya ok jer.Dapatlah tidur.Tapi tiba2 pukul 12malam camtu saya rasa sakit.Saya panggil nurse..dan nurse tu datang check saya.Dia kata still 2 cm lagi.Tapi air saya dah kering.Dia pun tengok waktu saya masuk dari pagi tadi dah dekat 24jam.Dia suruh saya baring dan tenang.Saya baring dan baca doa.Then datang lagi sorang nurse n masukkan 1 ubat dalam punggung saya.Dia kata pergi poo poo dulu.Memang terus nak buang air besar pun.Dahlah toilet dekat bilik sebelah.Saya cepat2 gi dan....lega.haha.Perut rasa kosong.Tapi sakit ada lagi.Pastu saya gi balik ke katil.Time nie mmg tak boleh tahan dah.Saya cakap dekat kawan sebelah tolong bunyikan bell, sebab saya tak larat dah nak tekan bell.Yang saya ingat nurse call doktor n tanya labour room kosong tak?ada patient dah sakit nie.Then diaorang suruh saya call hubby n bawa baju baby sekali.Saya pun call hubby gi tau dah sakit n minta dia datang.Masa tu pukul 2pg kot.Lepas saya ready, nurse tolak saya dengan wheelchair ke Labour Room.Pelik time tu...saya tak rasa apa2.Hilang terus rasa sakit tadi sbb nervous punya pasal.Dalam lift nurse tu cakap...akak sabar yer,jap lagi kita sampai.Nanti bb sudah kuar..akak mesti hilang sakit(baca dalam loghat Tamil)^-^Sampai labour room, saya terus di bawa ke satu bilik nie.Tak lama lepas tu hubby pun sampai.Dalam hati saya syukur sebab dia ada,sbb saya belum minta maaf dengan dia lagi.2-3 orang doktor masuk dan ambil bacaan jantung baby.Semua geleng kepala sebab katanya bacaan tak cantik.Saya mula2 memang tak faham pun.Nak cantik apanya...bukan ada kaler2 pun.Hitam putih jer.Lepas tu dia tengok bukaan tuk kali terakhir..dan diorang bincang jap dekat luar.Saya memang dah sakit sangat.Besi katil tu nak tercabut saya pegang.Bilik yang sejuk tu rasa panas jer.Berpeluh2.Pastu doktor masuk dan cakap yang diorang terpaksa operate saya sbb:
1.Air dah kering 2.Lebih 24 jam 3.Baby makin lemah 4.Bukaan saya still 2cm jer.Masa tu..saya rasa nak nangis.Tapi tahan jugak.Doktor suruh hubby sign borang lepas terang dekat kami apa risiko2 yang boleh jadi.Dengan Nama Allah...saya redha kalau apa2 yang terjadi.Syahid adalah impian saya..tapi saya berdoa jugak kalau boleh biarlah saya dapat tengok muka anak saya nie dulu.Tak lama lepas tu saya di tolak ke dalam DEWAN BEDAH!.Tanpa apa2 baju saya hanya ditutupi dengan kain hijau yang tutup badan saya.Sejuk yang amat masa tu.Lepas nurse inject saya di belakang...saya terus xrasa apa2.Tapi saya tak boleh tidur atau lelapkan mata.Saya nampak apa yang diaorang buat dekat perut saya tu melalui imbasan cahaya di cermin atas kepala saya.Tiba-tiba doktor tekan sekali di bahagian dada sbb bb still diatas lagi.Lepas tu saya dengar yang dia cakap bb dah keluar.Suara dia halus menangis dan dengar dia menghisap jari tanda dia lapar.Doktor kata...ooo inilah bb yang tak sabar2 nak keluar tu yer...sampai mama kn bedah.Takpe budak bijak besar nanti nie.Saya disuruh tengok anak dan cium dia.Nak nangis tapi tak boleh.Tanya doktor pukul berapa dah...dia kata dah Subuh ibu.Saya minta doktor kasi anak pada suami dulu.Dia angguk jer.Tak lama lepas tu...saya tak ingat apa dah.Saya penat sangat.Saya tidur hampir 2 jam.Sedar2 bb dah ada dekat hujung kaki dan kami nak ditolak ke bilik.

Wednesday, December 21, 2011

Kisah mama part 1

Salam
Hari nie tiba2 rasa nak kongsi dengan korang my experience bila first time jadi mama dulu.Bila tengok anak2 makin besar, saya rasa cepat masa berlalu.Anak pertama saya dulu lahir ceaser.Saya masuk hospital awal seminggu dari tarikh yang diberi oleh doktor.Hubby pulak takde sbb balik rumah MFIL.Mujur saya dah siap2 ambil cuti dan duduk rumah family.Sepatutnya esoknya saya check up.Tapi memang rezeki nak masuk hospital awal(walaupun sebenarnya doa biarlah lambat lagi).Time tu saya baru nak tidur,tiba2 saya rasa basah jer tilam saya.Bila tengok belakang...baju yang saya pakai basah dah.Fikir2 takkan saya kencing kot.Terus saya tanya dekat ibu saya...dia suruh saya pakai pad n tengok warna apa.Saya cakaplah kat pad tu warna pink.Ada macam darah sikit.Terus ibu suruh saya tukar baju n panggil uncle saya.Muka ibu relax jer...dah berpengalamanlah katakan.Saya pulak time tu...hmmm...tak rasa apa2 pun.Cuma saya rasa terkejut jer.Dah nak bersalin ker aku nie?Baju baby pulak kat rumah lagi satu(kami ada 2 rumah).Ibu nak tengok bukaan...tapi saya cakap tak yahlah ibu(malu sebenarnya)hehe.Then ibu call mak su saya...dan pukul 3 pg tu kami gerak ke Hospital Serdang.Sempat lagi tu singgah rumah yang lagi satu ambil baju2 baby.Maksu saya tanya angah sakit tak?Saya geleng jer sebab dalam fikiran saya time tu saya teringatkan suami kat kampung.Memang saya jenis apa2 mesti nak dia ada.Dia adalah kekuatan saya.So sampai jer hospital...nurse suruh daftar n masuk untuk check bukaan.Baru 2 cm time tu(sakit ooo time dia seluk tu).Tapi sebab air dah turun saya kena stay kat hospital jugak.Aduh...time nie baru saya rasa nak nangis.Saya tak pernah masuk hospital.Seumur hidup saya inilah kali pertama saya kn stay kat hospital.Nurse suruh saya tukar baju.Saya pulak tak boleh nak call suami sbb hp problem.Uncle saya cakap biarlah dulu...pagi nie dia balik kan.Nanti dia gelabah pulak.Nanti paklong gi tau dia yer.Then,lepas family saya balik..tinggallah saya sorang2 dalam bilik.Sementara tunggu bilik kat wad kosong...saya kena stay kat bilik berdekatan labour room nie.Dah lah dari saat saya masuk sampai ke masa saya diarah ke wad...saya asyik dengar suara orang jerit jer.Memang kecut perut time tu.Rasa nak lari balik rumah jer.Dah lah saya sorang2 dalam bilik tu.Lepas tu dalam pukul 8.00 pg baru ada sorang ibu nie masuk.Nampak macam bukan orang kita.Nak tegur takut dia tak faham saya cakap apa nanti.So saya senyum jer lah.Tiba2 baru jer dia duduk atas katil tu..dia cakap dia sakit.Dalam hati saya cakap..eh..dia boleh cakap melayulah.Then saya tanya dia..nak bersalin dah ker?Dia angguk jer.Saya cakap kat dia....tunggu jap yer..saya panggil nurse jap.Saya pun gi lah kat kaunter depan.Tapi takde sapa2.Agaknya diaorang pergi breakfast kot.Mujur time nak balik ke bilik tu terserempak dengan sorang nurse.Sya cakap kat dia kawan saya sakit.Lepas dia pun cakap kat saya...ibu jangan jalan laju2.Perlahan2 sikit.Pergi masuk bilik dulu.Saya pun gelak jer lah.Hm..ok2.Lepas tu tak lama kemudian...adalah 2 orang nurse datang.Dia check2 kawan saya tu..terus kata dia dah buka 8cm.Mak oooii...senangnya dia.Terus diorang pecahkan air ketuban dan tolak kawan baru saya ke labour room.Saya hanya boleh pandang dia dan cakap good luck!.Dia senyum dan cakap terima kasih.Hmm..saya kembali sorang dalam bilik.Time tu saya doa saya kuat nak tempuh apa akan datang.Saya cakap kat baby...kalau nak keluar tunggu papa datang dulu.Sbb saya memang rindu sangat dekat hubby saya.Saya cuba tidur tapi tak boleh.Nak baca buku tak bawa pulak.So saya baring dan pandang siling.Mulut nie hanya zikir dan baca doa yang saya ingat.

Ok...kita stop kat sini dulu...saya akan continue nanti...

next