Friday, December 23, 2011

Kisah mama part 3

29.4.2009
Alhamdulillah...suami saya dapat tengok bb kami sebelum bb diletakkan dekat bilik baby.Kebetulan suami baru lepas solat Subuh dan sempat dia doa saya selamat lahirkan anak kami.Berkat doa ayah...dan semua family anak perempuan sulung saya...cucu pertama dalam family mertua dan cucu perempuan pertama dalam family saya dapat lihat dunia nie..Anak nie bertuah sebab No.1 tu ada dekat dia.Lepas saya terjaga dari tidur yang agak panjang tu...baru saya rasa ngilu sikit dekat perut.Bius dah habis kata nurse pada saya.Hmm..saya tengok dekat sebelah saya ada mummy yang baru lepas terjaga juga.Dia dapat baby boy.Anak saya dah diletakkan di antara kedua kaki saya dan kami ditolak ke lift untuk ke katil.Sampai bilik dah siang dah.Bila nurse suruh saya bangun...saya terpaksa tampung tangan nie agar saya tak jatuh.Memang tak larat sbb baru saya ingat yang dari malam tadi saya tak makan apa2.Last yang saya makan ialah sebiji kurma dan air zam zam.Nurse minta saya susukan baby dulu.Untuk kali pertamanya saya rasa betapa indahnya panggilan MAK pada seseorang wanita.Walaupun agak kekok tapi saya cuba juga.Bb tak minum banyak pun...lepas dia kenyang kami tidur sama2.Nurse cakap saya kena puasa dulu.Petang baru boleh makan.Tapi ajaibnya saya tak rasa lapar.Mungkin dah ada bb sebelah saya, dan saya rasa kuat.Sakit yang ada pun hilang bila tengok muka anak yang sangat comel tu.Mungkin korang tertanya2 kenapa bb nie takde nama lagi.Sbb yang utamanya mmg ambil masa sikit nak pilih nama dia.Saya dan suami ada pilihan nama masing2..tapi mertua tak setuju.Katanya maksud yang kami pilih tu tak sesuai.Jadi dari nama tu kami gabungkan pilihan kami iaitu AUNI dan pilihan mertua HAFSAH.Maka anak bertuah nie diberi nama dan didaftarkan untuknya AUNI HAFSAH BT ABU HANIFAH.Cantik nama tu secantik dia sekarang.Petang tu bila dah boleh makan dan minum..barulah saya bertenaga untuk bangkit.Pesan ayah...angah jangan biarkan badan tu lemah...cuba tegakkan badan.
.Cuma yang susahnya operate nie kita tak boleh terus buang air kecil.Ada satu tiub disambungkan untuk kita buang air kecil.Pad kita pun orang yang tukarkan.Malu memanglah...tapi itulah yang tak boleh dibuat lagi sbb takut banyak sangat gerak...jahitan tu terbuka.Kalau terbuka...aduh...faham2 jer lahkan.hehe.Saya ingatkan lepas dah grak dan jahitan dah ok kami boleh balik.Tapi tiba-tiba hari ke2 Auni lahir...mata n kulit dia nampak kuning sikit.Time tu saya berdoa..janganlah dia kena jaundis.Tapi Allah tu lebih sayangkan kami dah nak uji kami lagi.Juandis dia kuat jugak sampai kn letakkan 2 lampu.Tapi sayang sangat dekat dia sbb dia memang tak selesa duduk kat bawah lampu tu.Saya pun tak berdegil untuk biarkan dia...sekejap2 saya angkat dia dan letakkan dia sebelah saya.Bila nurse datang,saya letak dia balik.Nak menangis tengok dia.Sampai satu ketika bila saya pegang dia...saya hampir terlepas sebab mengantuk.Mujur saya sedar dan saya letakkan dia di atas katil.Saya tak boleh tidur sbb Auni asyik terjaga jer.Sekerap mungkin saya susukan dia sbb itu ubat terbaik untuk dia cepat sembuh.Bila saya dengan Auni saya masih rasa tak percaya lagi.Semalam saya tidur sorang dekat katil nie...tapi malam nie saya dah ada dia.Anak yang kami tunggu selama nie.Cinta kami dan nyawa kami.5 hari kami ditahan sebab Auni tak ok lagi.Mujur hari terakhir sebelum kami dibenarkan balik tu...suami letakkan dia di dalam katil dia dan Auni tidur dengan lena.Bila anak kena juandis nie...doktor akan sentiasa check darah dia.Tapi setiap kali dia ambil darah...diaorang mesti bawa Auni jauh dari saya.Sebab diaorang tak nak saya dengar Auni menangis bila dicucuk tu.Bila diaorang hantar Auni balik ke katil...tangan dia saya nampak bekas cucuk tu.Luruh hati nie sebab saya tahu sakit sangat.Auni adalah anak yang sangat kuat...dalam 3 kali dia kena ambil darah tu...sekali jer dia nangis.Itu pun sebab kacau dia tidur.Hmm...rupanya saya yang tak kuat.^_^

3.5.2011
Akhirnya kami dibenarkan keluar hospital.Apa yang buat kami happy...rezeki anak nie...kereta kami pun keluar.So kereta nie mmg sama lahir dengan Aunilah.hehe.Sebenarnya bila duduk hospital nie memang mengajar kita untuk berdikari dan apa yang untungnya bersalin di gov hospital nie, mereka memang galakkan kita menyusukan anak.No bottle!Alhamdulillah selama di hospital Auni dapat minum susu saya sebanyak2nya.Tapi saya tak dapat teruskan di rumah sbb kurang ilmu dan mungkin cepat tension bila Auni tak dapat minum dengan elok.Owh lupa nak gi tau bil kami...5 hari + operate + lain2 kos = RM 158.00!ha korang dapat tak camni kalau masuk swasta tu.hehe.Jadi inilah first experience as mummy aka mama nie.Auni sekarang dah 2 tahun lebih.Dah banyak kepandaian dia, dan dah jadi kakak pun.Doakan Auni sentiasa sihat dan membesar jadi anak yang SOLEHAH!.

0 ulasan:

previous next home