Thursday, December 15, 2011

A.S.U.H

Salam Jumaat semua!
Hari nie saya mula sibuk dengan tugasan bulanan di ofis nie.Packing majalah!Apa lagi kan.hehe.Alhamdulillah akhirnya majalah nie berwajah baru dengan logo dan lukisan yang lebih menarik dan cantik.Kredit tu hani.My cousin yang memang berbakat nie.Tak sia-sia saya minta dia buat portfolio untuk saya beri kepada pihak pengurusan untuk dinilai lukisannya.Hani bukan saja buat cover untuk majalah nie tapi jugak 5 page komik bersiri yang diberi mandat oleh bos aka Hj.Bad untuk dia luahkan lakaran dia setiap bulan.Hebat kan!.So lepas nie Hani akan terus buat cover untuk majalah dan komik keluaran ofis saya.Harap dia akan lebih kreatif dan kritis dalam memilih lukisan terbaik.Sebab 1 Malaysia akan tengok majalah nie.Kalau cover menarik,InsyaAllah pembaca akan beli.


New look of ASUH!


Ini pelukisnya

Hani yang berbaju hitam tu...chubby!haha

So thats all.Till we meet again.Happy Sabtu n Ahad.Take care!



Wednesday, December 14, 2011

Coolblog




Salam korang!
Ha..mesti korang dah pernah minum kan coolblog nie.Hari nie kat kedai dekat dengan ofis kita baru ada jual coolblog nie.Before nie dah biasa minum kat shopping mall.So tetiba pagi tadi si nurul nie belilah air nie.Suruh kita rasa...hmmm sedap jugak.Lagi2 ada bubble tu.Ala yang warna hitam n liat2 sikit tu bila dikunyah.Then apa lagi minta tolong dialah belikan.Tapi dia suruh adik dia pulak.Hmm..nasiblah kakak suka buli adik nie.Mujur adik nurul ok jer.Dengan baik hati dia belikan untuk saya.For me my feveret flavour of coz lah chocolate!.Then sudahnya saya lunch dengan coolblog nie jerlah(mood tengah diet..wekkk).Ok till meet u all again...daaa!


Tuesday, December 6, 2011

Wedding Maria & Muammar Part II

Lagi-lagi gambar kenduri hari tu...layan


Wedding Maria & Muammar Part 1

Minggu lepas balik ke kampung hubby di Kedah.Attend majlis kahwin sepupu dia.What so special about this event? 1.Makanan dia mmg superbbb...sedap! 2.Hujan satu hari...jadi sejuk jer.hehe 3.Kahwin bawah pedang means bride dia orang TUDM 4.i'm so hepi dapat balik kampung... So enjoy the picture yer

Sunday, December 4, 2011

Aku MAHU...baca Buku

Salam semua! Check out saya punya koleksi terbaru buku Ain Maisarah nie.Memang suka sangat tulisan dia.Since baca 1st book dia dulu,saya dah terjatuh suka kat semua buku-buku dia.Macam budak-budakkan?Yup...rasanya saya lebih senang baca hasil tulisan dia.Penuh watak-watak yang seakan-akan hidup.Bahasa yang simple dan tak pening nak fahamkan.Itu penting okey!Walaupun tidak sesuai dengan age saya...yang baru 26t nie.Taklah terlalu TUAtuk like-like buku2 macam nie.Banyak author yang saya dah baca tapi dia nie jer yang saya rasa boleh follow tulisan dia.So ini adalah sebahagian buku2 dia yang saya kumpul,yang saya baru beli masa Pesta Buku Kanak-kanak hari tu dekat Library Kuala lumpur.Tapi as usual lah...saya tak ada masa nak baca lagi.Terutama sekali buku Impiana Finale tu.Hehehe....sorry to my cousin Mira yang nak sangat baca buku nie.Saya nak habiskan baca dulu ok.Tak tahulah bila masanya...tapi impian sebelum tahun depan dapat habiskan baca....cehh...macam impian tahun baru jer bunyinya.Of course tak sabar nak tahu ending citer yang tak kan disambung nie.Sob..sob...sedih sebab siri nie dah tamat.Well...kalau citer nie divisualkan mesti MELETOPPPP!

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu





Salam semua.
Hujan di petang hari ini membuatkan kita rasa tak sabar nak balik rumah kan!Okey memandangkan esok cuti...sure ramai yang berkira2 nak tengok filem Ombak Rindu nie.Novel dia saya baca time sekolah rendah dulu.Punyalah lama baru dapat tengok cerita dia.Dari komen2 yang saya baca kat wall FB semua cakap ok,sedih,best,syok,meleleh airmata.Betul ker?Kalau nak tahu kena tengok sendirilah kan.Tapi saya rasanya tak boleh nak tengok kat wayang tu.Mana taknya...buatnya auni n ameer lawan panjat tangga wayang tu...parah saya.Kena tunggu citer nie kat Astro First jer lah.Tengok ngan diorang sambil makan2 keropok ker...aiskrim ker.Janji anak-anak boleh duk diam.Btw...kalau saya baca novel dia dulu..memang saya menangis baca.Ulang banyak kali pun sure nangis jugak.Time tu saya selalu bayangkan siapalah yang boleh bawa watak Izzah dan Hariz.Sebab bagi saya watak tu istimewa sangat,terlalu banyak emosi terutama Izzah.Kalau saya memang takde hero lain time tu..sure Farid Kamil jer.Kenapa dia?Sebab dia banyak karisma.Boleh bawa watak nie.Tapi Aaron pun ok apa.Kalau tak takkan Osman Ali pilih dia kan?Saya harap filem nie tak mengecewakan.Memang susah nak visualkan emosi dalam novel dalam diri pelakon.Kita sendiri pun kadang2 susah nak keluarkan emosi.Muka tu sama jer.Baik happy,marah,blur...sama jer.Hehe...ada ker manusia macam tu.Adalah kot ek.Jadi pada sesiapa yang sudah,akan,belum tengok tu...pastikan korang bawa happy keluar dari wayang tu yer.Mana yang nangis terlebey tu...pastikan beg korang ada tisu lebih jugak.haha.Weekend nie nampaknya tak plan lagi nak kemana.Will update kat korang nanti if terjalan2 kat tempat yang best ok.So..hepi holiday!Take care n jgn lupa solat k!


previous next home