Thursday, October 6, 2011

Aku dan rasa itu

Salam Jumaat semua!Pagi tadi korang breakfast apa?Aku hari nie breakfast ditaja oleh officemate.Yeah suka2 sbb tak yah kuar duit tuk pagi nie.Selamat duit aku.Thanks to En.Mislan yang baik hati hari nie belanja kami semua dengan pulut dan rendang.Siap ada ikan masin dan kuih muih lagi.Hmm..selalunya hari jumaat ofis akan buat baca Yassin dulu sebelum mulakan tugasan yang tertangguh.(hari2 lain baca doa dulu).Hari nie pas baca email aku nak citer2 sikit dalam blog nie.Keje dah bis sebenarnya...sbb aku suka buat keje cepat2.So sampai masanya semua keje aku siapkan dah tgk sekarang aku tak de keje dah.(rajin tak aku nie).Ceh perasaan lebey lak puan mai nie yer.Ok2 korang2 aku nak tanya sikitlah korang pernah tak rasa x suka kat seseorang tu sampai x boleh nak tgk bayang2 dia pun!Aku..aku pernah rasa macam tu jugak.Takde sbb munasabah pun cuma aku rasa kurang selesa dengan dia.Nak kata sampai tahap benci tu takdelah.Isk...tak baik benci membenci nie.Nanti kita benci orang...orang benci kita jugak.No...no..no.hehe.Adik2 luar sana jgn ikut perangai akak yer.Ikut yang baik2 jer ok.Hmm..dah2 sambung citer balik.Kalau ikutkan aku...sesiapa jer boleh jadi kawan aku.Takde taraf2 nya.Apa background korang u'r welcome to be my friends.Kadang2 ada orang cakap aku nie sombong.Eauww...muka i nie serius sangat ker sampai ada yang cakap camtu yer.Takkan aku nak menyengih setiap masa.(cam tak betul jer).Dulu time kat sekolah dulu...aku salah seorang prefect sekolah.So mmg muka stok orang xsukalah.Nak kata serius sangat time malam pengawas i menang anugerah pengawas paling friendly ok!nak i sebut lagi palingggg friendly ookey.Mana ntah hadiah tu aku dapat tu.Sweet jer present tu tau.Sayang time renovate rumah tu hilang ke mana ntah.Ehem back to main story yer puan mai.Suka ngat melalut jauh2.Orang yang aku kurang selesa nie agak rapat jugaklah.Nak tak nak mesti akan jumpa jugak.Bila jumpa tu aku cuba nak sesuaikan diri..layan dia...borak2 ngan dia.Tapi so susahlah.Tak boleh nak berlakon(even i mmg tak pandai nak sembunyi2 nie).Kalau muka tu dah xikhlas...apa yang buat pun tak ikhlas.Kesian lak aku tgk dia sbb cuba nak cakap2 ngan aku.Aku tahu dia susah payah nak layan kerenah aku nie.Tapi maaflah...dengan awak saya memang payah sikit.So apa yang aku buat kalau jumpa dia just layan cam biasa.Borak tu kalau perlu jer lah.Lain-lain tu biarlah Allah yang aturkan.Moga2 aku akan dapat terima dia seadanya.Hari-hari aku doa agar aku nie tak termasuk dalam orang-orang yang dimurkai Allah kerana sifat aku yang khilaf ini.

0 ulasan:

previous next home