Tuesday, October 11, 2011

Kekuatan Itu



Ya Allah
Aku meminta kepadaMu kekuatan
Agar aku terus bertahan

Ya Allah
Hambamu ini tidak kuat
Kerana sering tergoda dengan hasutan musuhMu

Ya Allah
Mengapa sifat amarahku terlalu tinggi
Dan egonya terlalu mendesakku

Ya Allah
Dialah lelaki yang aku cintai dulu
Bertemu aku dengannya kerana Engkau

Dan aku mengahwini dia juga
Kerana Engkau

Ya Allah
Kau limpahilah rahmat dan hidayahMu
Agar hambaMu ini terus kuat
Menempuh dugaanMu

Aku cinta dia
Aku sayang dia
Tapi hati ini mudah terluka
Dengan tingkah laku tanpa sedarnya

Justeru itu
Teruskanlah memberikan kekuatan kepadaku
Teruskanlah membimbingku
Teruskanlah memayungi hambaMu ini

Hanya padaMu tempat ku mengadu
Tempatku memohon segala-galanya

Amin Ya rabbal alamin..

astana karya 12.10.11 




0 ulasan:

previous next home