Saturday, October 1, 2011

Me = Part 1

Selamat malam Malaysia!^_^.Hari nie i menulis dari rumah ibu.Hubby takde n as usual malam2 minggu dia mmg suka tinggalkan princess n hero ngan mama dia.Well supermom boleh wat apa jer kan.Actually hubby tu takdelah gi mana pun...dah memang hobi dia 'menyemash'(badminton).So dia akan kuar main dengan abang sedara i yang agak sengal tu.Why i said that he sengal?Yupp...mmg dia nie agak poyos sikit even umur dah dekat 40!tp still cam budak2.Kami nie tak ramai cousin..campur semua cukup 1 family kot ramainya(12 jer).Dari kecik kami memang rapat each other.So dialah yang paling tua.Kalau tengok gambar2 lama diorang nie mmg kelakarlah.Sorang macam mat saleh celup.Rambut perang tapi kulit gelap.hehe.Sorang chubby...almaklumlah dalam ramai2 tu dia paling bigger sikit dan sorang lagi oklah.Rambut ikal gitu.Nanti kalau i terjumpa balik gambar diorang nie i tunjuk kat u all ok.N me?yang keenam hadir dalam family.Cucu perempuan ke2 dalam family tok ngan uwan i.Apa yang i ingat i mmg suka gi birthday party rumah cousin2 i...tapi yang best sekali party tu jadi party i lak.Asal ada kek ngan lilin sure i yang tiup dulu.Almaklumlah yang paling kecik time tu.Hmm....kalau di imbas2 balik time family i memang suka holiday time hujung minggu.Kami akan booked satu chalet atau hotel...so stay 2-3 hari siap ngan masak2 lagi.Auntie i mmg pakar masak lah kecuali my mom.^_^bukan dia tak pandai tapi kurang cekap jer.Tapi kalau bab kemas mengemas mmg kasi kat dialah.Dia punya ketelitian i rasa kalah hotelnya manager.N alhamdulillah adalah tercampak sikit kepakaran tu pada i nie.Uwekk..perasan lorh.haha.Eh..ok..ok sambung balik...kita simpan dulu rasa mual-mual tu yer.Err..apa lagi yer kenangan i ngan cousin2 i nie.Banyak sebenarnya...yelah nama pun citer time kecik-kecik dulu kan.La nie semua tua-tua belaka dah.Anak-anak pun dah ramai(eleh yang ramai tu anak u jer...yang lain baru 1)Opss..hehe.Sekarang kami masih bersama cuma tak serapat dulu.Bila jumpa pun citer tak sama cam dulu.Masing-masing dah pegang status suami..isteri...mama..ayah..papa.Walaupun mungkin tak serapat dan semeriah dulu..i masih harapkan moga ONE DAY family yang harmoni ini akan bersatu semula.So sad biler tgk i nyer abang2 tak bertegur sapa..kalau tegur pun just angkat kening jer(ala-ala kak ziana gitu).Dah lama rasanya tak buat family day.Bukan sibuk mana pun tapi masa yang tak ada.Hujung minggu pun keje...tak campur ngan kenduri kendara lagi.Well..hmm i cuma nak cakap sebagai adik yang kecil..moga 1 hari nanti yang keruh dapat dijernihkan semula.Muka yang masam akan bertukar jadi senyum yg manis.Mulut yang berat akan riuh dengan kata-kata dan segala rasa marah akan disejukkan dengan ucapan maaf yang ikhlas tulus dari hati.Walau apa yang berlaku kita harus bangga kerana kita sedarah sedaging.Love u so much to all my COUSINs.

0 ulasan:

previous next home